do u all know what is buku merah?..its a rules and requlations and ur rights as a malaysian citizen when being asked or stopped by the police..here are some important things.
i got a copy in bm only...n if u have in english..pls share.
remember..these are your rights...i know its hard to say no..but these are your rights..
n remember...u have the right to be silent when being asked...hehe..can we do this?..
-------------------------------------------------------------------------------------
1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS
1.1 Sekiranya polis tersebut tidak memakai pakaian seragam tanya beliau mengenai kad kuasa beliau
1.2 Kad Kuasa Polis
Warna Merah: Anggota polis tersebut telah digantung. Beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk berbuat apa-apa. Anda tidak perlu mengendahkan beliau.
Warna Biru: Polis yang berpangkat Inspektor dan keatas.
Warna Kuning: Polis yang berpangkat dibawah Inspektor
Warna Putih: Polis Simpanan
Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada Kad Kuasa Polis.
1.3 Di dalam Pakaian Seragam ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada pakaian seragamnya.
1.4 Kenderaan Polis
Ambil perhatian tentang nombor pendaftaran pada kereta peronda, motosikal atau kenderaan polistersebut.
2. APABILA DISOAL OLEH POLIS
2.1 PengenaIan Anda
Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.
2.2 Seandainya ditanya soalan-soaian lain Anda boleh bertanya, "Adakah saya ditahan? "
2.3 Bilakah anda ditahan
Anda ditahan apabila anggota polis itu? menjawab "ya" pada soalan di atas? beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis? apabila anda digari
Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahanbeliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.
2.4 Bilakah anda tidak boleh ditahan
Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi danpolis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112)
4. PENAHANAN OLEH POLIS
4.1 Apabila ditahan tanya, "mangapa saya ditahan?" Setiap tahanan yang dibuat tanpa dimaklumkan sebabnyaadalah satu tahanan yang salah.
4.2 Jangan melawan Anggota polis mempunyai hak untuk menggunakan kekasaran yang munasabah sekiranya andamelawan.
4.3 Tanya - "Ke balai mana encik hendak membawa saya?"
Anggota polis tersebut hendaklah membawa anda dengan segera ke balai polis berdekatan dan tidak ke tempat lain.
4.4 Apa perlu dibuat setelah dimaklumkan tentang tangkapan.
Anda mempunyai hak untuk membuat panggilan telefon. Buat panggilan kepada keluarga, peguam atau PusatBantuan Guaman. Maklumkan mereka:-
? Anda telah ditangkap.
? Masa, tempat dan sebab-sebab tangkapan.
? Pengenalan anggota polis yang menangkap.
? Balai polis kepada mana anda dibawa.
4.5 Apa terjadi selepas tangkapan?
Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:
? Di balai polis atau
? Di lokap balai polisdengan tujuan untuk membantu siasatan polis.
7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TAHANAN
7. 1 Bilakah ia boleh dilakukan
Sekiranya anda berada di tempat (sebagai contoh: karaoke / kelab) di mana polis sedang melakukanserbuan atau mencari sesuatu (sebagai contoh: dadah berbahaya), polis berhak untuk melakukan pemeriksaan badan/beg anda tanpa menahan anda. la hanya boleh dilakukan dengan kehadiran pegawai polis yang berpangkal tidak kurang daripada inspektor,
7.2 Apakah yang perlu anda lakukan
- Jangan benarkan polis untuk memasukkan tangan mereka ke dalam saku atau beg anda.
- Kosongkan saku /beg anda di hadapan polis secara sukarela untuk memastikan anda dapat ngawasi barangan anda.
Keluarkan barangan anda satu demi satu. Setiap kali, sebut sebagai contoh "purse", "kunci", "kadpengenalan" dan sebagainya. Apabila saku / beg anda kosong, terbalikkan saku I beg tersebut
7.3 Hak-hak anda
- Wanita hanya boleh diperiksa badan mereka oleh pegawai polis wanita sahaja.
- Setiap pemeriksaan badan perlu dilakukan dengan penuh sopan (sebagai contoh:bahagian sulit tidak boleh disentuh).
- Tidak ada undang-undang membolehkan anda dibogelkan.
9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITAHAN
9.1 Kenal pasti pegawai polls yang menyoal-siasat anda. Pastikan nama I pangkat pegawai polis yang menyoal-siasat anda.
9.2 Hak memilih untuk berdiam diri
Polis lazimnya akan memulakan perbualan ramah mesra (sebagai contoh: soalan-soalan mengenai keluarga anda, kawan-kawan dan sebagainya). Anda harus bersopan. Jangan khuatir untuk berdiam diri. Itu adalah hak anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment